Pembangkang dakwa pengurusan sekolah hilang arah tuju

Kes peningkatan Covid-19 yang semakin meningkat di beberapa buah sekolah menimbulkan keresahan pada pelajar, guru mahupun ibu bapa.
Kes peningkatan Covid-19 yang semakin meningkat di beberapa buah sekolah menimbulkan keresahan pada pelajar, guru mahupun ibu bapa.
A
A
A

SHAH ALAM - Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) dan parti pembangkang mengiktiraf usaha bersepadu pihak pengurusan sekolah dan guru di seluruh negara dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Pengerusi jawatankuasa itu, Dr Maszlee Malik dalam kenyataan bersama tujuh pemimpin lain berkata, pematuhan SOP dapat memastikan pendidikan terus berjalan demi kesejahteraan dan masa depan anak bangsa.

“Kami akur bahawa usaha mengekang Covid-19 dari merebak lantas memutuskan rantaian jangkitan wabak menuntut usaha bersepadu semua pihak tanpa kompromi.

“Apa yang berlaku kini, pihak pengurusan sekolah ramai yang hilang arah dan punca apabila peningkatan kes (Covid-19) di sekolah tetapi mereka tidak dipersiap untuk pembelajaran di rumah (PdPR) di kala sekolah ditutup.

“Rakyat umumnya kabur tentang hala tuju dan pelan tindakan terancang pihak kementerian berkaitan pendidikan,” kata jawatankuasa itu dalam kenyataan pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: