Muhyiddin tiba di Jakarta hadiri Mesyuarat Khas ASEAN

Muhyiddin tiba di Jakarta untuk menghadiri Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN bagi membincangkan mengenai krisis di Myanmar.
Muhyiddin tiba di Jakarta untuk menghadiri Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN bagi membincangkan mengenai krisis di Myanmar.
A
A
A

JAKARTA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Jakarta pada Sabtu untuk menghadiri Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN bagi membincangkan mengenai krisis di Myanmar.

Muhyiddin yang menaiki pesawat khas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, di Jakarta pada jam 8 pagi (waktu tempatan).

Ketibaan beliau disambut oleh Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN, Kamsiah Kamaruddin dan Ketua Direktur Protokol dan Konsular Kementerian Luar Indonesia/Ketua Protokol Negara, Andy Rachmianto.

Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN yang diadakan di Sekretariat ASEAN di Jakarta ini akan membincangkan krisis di Myanmar dan akan mematuhi protokol kesihatan dan keselamatan yang ketat ketika pandemik Covid-19 masih menular.

Justeru, penyertaan peserta dalam mesyuarat itu akan dihadkan.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Sekretariat ASEAN, Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN itu akan mematuhi protokol kesihatan dan keselamatan yang ketat yang ditetapkan oleh kerajaan Indonesia.

Rancangan untuk mengadakan mesyuarat khas ASEAN bagi membincangkan krisis di Myanmar itu telah berlangsung sejak beberapa minggu, diketuai oleh Indonesia dan Menteri Luarnnyam Retno Marsudi.

Desakan politik Indonesia ini turut mendapat sokongan Malaysia, Brunei dan Singapura.

Artikel Berkaitan:

Myanmar dilanda pergolakan politik sejak Jeneral Tentera Min Aung Hlaing menggulingkan kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi pada 1 Februari lepas yang menyaksikan 700 penunjuk perasaan antirampasan kuasa terbunuh.

Sementara itu, Menteri Luar Indonesia dilaporkan berkata, hanya pemimpin dari Thailand, Laos dan Filipina tidak akan menghadiri mesyuarat khas itu pada Sabtu. - Bernama