Speedy Tigers mula bentuk keserasian

Muhammad Hafizuddin (kiri, duduk, barisan depan) bersama pemain-pemain The Speedy Tigers sebelum aksi persahabatan menentang Jepun di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil. Malaysian Hockey Confederation.
Muhammad Hafizuddin (kiri, duduk, barisan depan) bersama pemain-pemain The Speedy Tigers sebelum aksi persahabatan menentang Jepun di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil. Malaysian Hockey Confederation.
A
A
A

PENJAGA gol skuad hoki lelaki negara, Muhammad Hafizuddin Othman menyifatkan empat perlawanan persahabatan yang diharungi The Speedy Tigers merupakan proses membentuk semula keserasian dalam kalangan pemain negara.

Malah jelas Muhammad Hafizuddin lagi, pemain-pemain skuad kebangsaan juga telah memahami filosofi permainan yang cuba diterapkan pengendali Arul Selvaraj dalam perlawanan menentang Jepun dan Great Britain tersebut.

"Matlamat utama pasukan adalah untuk mencari keserasian dalam kalangan pemain The Speedy Tigers, selain itu juga pemain telah memahami taktikal yang diterapkan oleh coach Arul Selvaraj

"Ini jelas dapat dilihat dengan perbezaan ketara dalam dua perlawanan pertama dan dua perlawanan terakhir yang diharungi pemain-pemain negara," kata Muhammad Hafizuddin dalam klip video yang dimuatnaik di laman Facebook Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) pada Jumaat.

Dalam pada itu Muhammad Hafizuddin berazam akan merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan selepas ini dengan mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.

"Saya berjanji akan memberikan aksi terbaik sekiranya coach Arul Selvaraj memberikan kepercayaan dalam membarisi kesebelasan utama pasukan," kata penjaga gol Kelab Hoki Terengganu (THT) berkenaan.

INFO

Keputusan perlawanan persahabatan The Speedy Tigers:

Artikel Berkaitan:

Malaysia 0-3 Jepun

Malaysia 1-3 Great Britain

Malaysia 0-1 Jepun

Malaysia 0-1 Great Britain