Zuraida hadir ikuti prosiding inkues Adib

A
A

SHAH ALAM - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin hadir ke Mahkamah Koroner bagi mengikuti prosiding perbicaraan Inkues Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.

Zuraida tiba jam10.15 pagi diiringi pegawainya.

Ketika ditemui, Zuraida berkata, beliau hadir untuk mendengar keterangan saksi awam.

Perbincangan hari keenam Inkues Kematian Muhammad Adib berlangsung di hadapan Koroner Rofiah Mohamad dengan sembilan saksi telah dipanggil memberi keterangan.