Proses penyediaan ketupat palas

A
A
A

Ketupat Palas Pak Leh diusahakan oleh pasangan suami isteri, Norazira Mohamad Othman dan Mohammad Solleh Abdullah Hamid bersama ibu Norazira, Ruminah Kassan Tilodjo.

Perniagaan ini dimulakan pada tahun 2020 kerana perniagaan kedai makan mereka sebelum ini kurang mendapat sambutan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas. Resepi yang digunakan merupakan resepi ketupat palas dari Kedah yang diperkenalkan oleh keluarga Mohamad Solleh.

Produk yang mereka sediakan merupakan ketupat palas frozen dengan tiga jenis pilihan iaitu ketupat palas lemak, kacang dan jagung dan mampu bertahan selama enam bulan jika disimpan secara betul.

Mereka turut menyediakan tiga jenis pilihan lauk iaitu rendang ayam, rendang daging dan daging masak hitam.

Ketupat palas dijual bermula harga RM26 hinggan RM28 sekilo mengikut jenis. Manakala untuk lauk pula dijual pada harga RM50 hingga RM60 sekilo. Penghantaran disediakan sekitar kawasan Selangor dengan cas tambahan bermula harga RM3 sehingga RM15.

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Pink Moon

No Image Caption
GALERI

Hari Buku dan Hari Hak Cipta Sedunia

No Image Caption
GALERI

Program Jom Baca 10 Minit

No Image Caption
GALERI

DAIWA 2024