X

Kindly register in order to view this article
!

MTBC tunggu lampu hijau MSN sambung latihan

Maradona Chok
A
A

KONGRES Tenpin Boling Malaysia (MTBC) menarik nafas lega apabila pemain skuad boling negara disahkan negatif Covid-19, dan kini menanti kebenaran daripada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk kembali menjalani latihan.

Setiausaha Agung MTBC, Maradona Chok berkata, kesemua pemain yang disyaki sebagai kontak rapat kepada seorang pemain junior yang positif virus berkenaan, disahkan negatif dalam ujian calitan pertama, Selasa lepas.

Beliau turut mengesahkan jurulatih skuad junior kebangsaan Azidi Ameran dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif Covid-19 pada Rabu.

Azidi, suami kepada ratu boling Shalin Zulkifli, dilapor tidak mengalami sebarang simptom, namun dimasukkan ke hospital untuk tujuan kuarantin dan pemantauan kerana beliau merupakan golongan berisiko.

“Kesemua 34 pemain serta tiga jurulatih disahkan negatif dan sedang menjalani kuarantin sejak 19 April lalu. Mereka dijangka selesai kuarantin pada Selasa atau Rabu depan.

“Kita sedang menunggu MSN untuk tarikh ujian calitan kedua dan latihan akan kembali berjalan seperti biasa dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, mungkin selepas dua minggu lagi bergantung kepada (keputusan) MSN,” katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!