'Rahsia' Kuching City 'dalam poket' Akira Higashiyama

Higashiyama memberikan arahan taktikal kepada pemain Kelantan United menjelang aksi Liga Premier menentang Kuching City FC pada di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam esok. Foto: Kelantan United
Higashiyama memberikan arahan taktikal kepada pemain Kelantan United menjelang aksi Liga Premier menentang Kuching City FC pada di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam esok. Foto: Kelantan United
A
A
A

KETUA jurulatih Kelantan United (KUFC), Akira Higashiyama berkata, beliau memiliki ‘resipi’ terbaik untuk melayan kunjungan Kuching City FC pada saingan Liga Premier di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam esok.

Higashiyama yang sebelum ini pernah mengendali skuad dari Sarawak musim lalu ternyata mempunyai kelebihan kerana telah mengenali corak permainan pemain dalam kelab Kepulauan Borneo tersebut.

“Saya pernah bersama Kuching City FC dan mengetahui corak permainan pemain dalam pasukan itu. Mereka mempunyai beberapa pemain berkualiti dan saya tahu kemampuan mereka,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Setelah mengharungi lapan perlawanan, KUFC kini menduduki tangga keempat Liga Premier dengan mengumpul 13 mata menerusi empat kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan.

Higashiyama tidak menolak kemungkinan Kuching City FC bakal tampil berbeza kerana sudah memiliki barisan kejurulatihan baharu selepas pemergiannya, namun tetap yakin pasukan bimbingannya mampu memberikan cabaran pada pertembungan kedua-dua pasukan itu nanti.

Katanya, KUFC sangat memerlukan tiga mata bagi memberikan cabaran kepada tiga lagi pasukan teratas liga Premier iaitu JDT II, Sarawak United dan Negeri Sembilan.

"Kemenangan tiga mata adalah penting untuk pasukan kami dan saya harap para pemain dapat memenangi perlawanan esok,” katanya.

Artikel Berkaitan: