X

Kindly register in order to view this article
!

Mahu beli air soya antara alasan rentas negeri

Shafien (dua dari kanan) mendengar alasan daripada seorang pemuda yang sanggup merentas negeri ke Terengganu untuk membeli air soya di Pasir Puteh pada Jumaat.
A
A

PASIR PUTEH - Membeli air soya untuk dijadikan minuman ketika berbuka puasa antara alasan digunakan individu yang merentas negeri menggunakan 'laluan tikus' menghubungkan negeri ini dengan Terengganu di sekitar Bukit Yong di sini.

Selain itu, perkahwinan jarak jauh (PJJ) turut menjadi antara alasan yang digunakan untuk merentas negeri.

Tidak cukup dengan itu, ada juga individu yang memberi alasan mahu menghantar bantuan makanan kepada golongan memerlukan.

Bagaimanapun, kesemua mereka yang menggunakan 'laluan tikus' itu gagal mengemukakan surat kebenaran polis untuk merentas negeri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat sehubungan itu menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran sah daripada polis.

Seorang pemuda dari Terengganu menggunakan 'laluan tikus' untuk berjumpa isterinya yang menetap di Kelantan berjaya dihidu polis di Pasir Puteh pada Jumaat.
Seorang pemuda dari Terengganu menggunakan 'laluan tikus' untuk berjumpa isterinya yang menetap di Kelantan berjaya dihidu polis di Pasir Puteh pada Jumaat.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau individu yang melanggar peraturan tersebut.

"Dalam pada masa sama, kita akan membuat semakan secara teliti ke atas dokumen-dokumen yang dibawa orang ramai ketika merentas daerah sama ada sah atau sebaliknya.

"Kalau tiada alasan yang kukuh, tanpa surat kebenaran polis atau Majlis Keselamatan Negara (MKN), janganlah berbuat demikian," katanya di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, polis negeri ini turut mewujudkan pasukan khas untuk memantau 'laluan tikus' yang terdapat di Kelantan khususnya Pasir Puteh.

Katanya, Pasir Puteh merupakan lokasi paling banyak 'laluan tikus' menghubungkan Kelantan dengan Terengganu untuk digunakan orang ramai merentas negeri tanpa kebenaran.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!