Imigresen hantar 254 PATI pulang ke Indonesia

Proses penghantaran pulang PATI warga Indonesia di Pelabuhan Tawau pada Jumaat.
Proses penghantaran pulang PATI warga Indonesia di Pelabuhan Tawau pada Jumaat.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seramai 254 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal melalui Pelabuhan Tawau Ke Nunukan, Indonesia pada Jumaat.

Proses penghantaran pulang semula PATI itu dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dengan kerjasama Kedutaan Indonesia melalui Program Penghantaran Pulang Pati Siri 5/2021 bagi tahun ini.

Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin berkata, program penghantaran pulang PATI ke Nunukan, Indonesia itu merupakan penghantaran kali ketiga selepas dua kali penghantaran sebelum ini membabitkan seramai 282 orang.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan PATI warga Indonesia yang telah dihantar pulang adalah seramai 536 orang.

"Sehingga kini, seramai 1,229 PATI daripada pelbagai warganegara sudah dihantar balik ke negara asal mereka oleh JIM Sabah," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, semua PATI berkenaan telah ditahan di Depot Imigresen Sabah sejak tahun lalu dan proses tapisan kesihatan yang ketat termasuk ujian saringan Covid-19.

Tambah beliau, kesemua PATI yang ditahan juga didapati telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

"Semua PATI telah menjalani hukuman mengikut perundangan negara sebelum dihantar pulang ke negara asal," katanya.

Artikel Berkaitan: