Dua pengarah direman kes seleweng wang syarikat

Dua pengarah kanan sebuah syarikat pembinaan berpangkalan di China direman empat hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang syarikat dan memberi rasuah.
Dua pengarah kanan sebuah syarikat pembinaan berpangkalan di China direman empat hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang syarikat dan memberi rasuah.
A
A
A

PUTRAJAYA - Dua pengarah kanan sebuah syarikat pembinaan yang berpangkalan di China direman selama empat hari bermula Jumaat untuk membantu siasatan kes penyelewengan wang syarikat dan memberi rasuah bagi tujuan melapor keuntungan yang tidak benar.

Penolong Pendaftar Mahkamah Putrajaya, Nor Azilawati Abdullah mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman dua lelaki berkenaan termasuk seorang warga China.

Menurut sumber SPRM, pengarah urusan dan pengarah kanan kewangan yang masing-masing berumur 40-an dan 50-an itu ditahan di ibu pejabat SPRM di sini kira-kira jam 12.30 tengah hari pada Khamis, selepas mereka hadir memberikan keterangan.

"Mereka disiasat menurut Seksyen 16 (b) Akta SPRM, " kata sumber itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: