Covid-19: SMK Seremban 2 diarah tutup tujuh hari

Pengawal keselamatan, Johari Ismail menutup pintu pagar berikutan penutupan SMK Seremban 2 dilaksanakan oleh PPD, hari ini. - Foto Bernama
Pengawal keselamatan, Johari Ismail menutup pintu pagar berikutan penutupan SMK Seremban 2 dilaksanakan oleh PPD, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 2 diarahkan tutup selepas terdapat 17 individu dalam kalangan warganya disahkan positif Covid-19.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, Pejabat Kesihatan Daerah meminta Pejabat Pendidikan Daerah untuk menutup sekolah berkenaan.

"Sekolah itu ditutup selama tujuh hari bermula Jumaat," katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini pada Jumaat.

Sementara itu dalam perkembangan sama, beliau berkata, seramai tiga individu di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu turut disahkan positif wabak itu manakala seramai 179 orang ditempatkan di dua pusat kuarantin bagi tujuan pengasingan.

"Kesemua individu terlibat masing-masing ditempatkan di Institut Aminuddin Baki dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT).

"Keadaan masih terkawal dan sekolah ini tidak ditutup," katanya.

Artikel Berkaitan: