PH punyai peluang besar di Semenyih

No Image Caption
A
A
A

TANAH MERAH - PH mempunyai peluang besar untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) di DUN Semenyih 2 Mac ini, ekoran rekod kepimpinan pemerintahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini yang memihak kepada parti itu.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, dengan mempertaruhkan calon muda dan kekuatan jentera maka ia sudah pasti memberi satu kelebihan kepada PH.

"Semua jentera termasuk Amanah, PKR dan DAP telah dikerahkan dan kita newakili satu parti iaitu PH, maka mereka bekerja kuat untuk parti bagi memastikan kemenangan berpihak kepada kita.

"Kita juga mempunyai satu kelebihan kini, apabila pengundi akan mula hilang percaya terhadap pimpinan Pas yang kononnya bekerjasama dengan BN selepas mereka melakukan pembohongan demi pembohongan.

“Sudah terbukti Pas sebuah parti yang tidak boleh dipercayai ekoran mereka sendiri mengaku berhubung isu rakaman audio Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang sebelum ini dinafikan.

“Malah, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, juga turut menjelaskan, selepas pertemuan dengan pimpinan Pas, mereka juga menyatakan parti itu tidak menyokong calon BN dalan PRK Semenyih, namun pemimpin mereka hadir pada hari penamaan calon.

“Bagi mereka berbohong itu wajib dan saya yakin serta percaya selepas ini, ahli Pas akan mula hilang percaya kepada parti mereka kerana mempunyai pemimpin yang suka berbohong,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis makan malam bersama Menteri Pertahanan Malaysia di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Tanah Merah 1, di sini malam tadi.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Terdahulu, Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata dalam ucapannya, beliau bimbang pembohongan yang dilakukan Pas itu menyebabkan orang bukan Islam tidak percaya kepada Islam.

“Saya tidak bimbang orang bukan Islam tidak percaya kepada kita, tetapi saya bimbang jika mereka tidak percaya kepada Islam selepas melihat apa yang Pas lakukan” katanya.