Tawar hadiah wang tunai lebih RM12,000 dengan fotografi

Datuk Haslah (tengah) bergambar bersama kumpulan tarian singa di d’Tempat, semalam.
Datuk Haslah (tengah) bergambar bersama kumpulan tarian singa di d’Tempat, semalam.
A
A
A

SEREMBAN - Matrix Concepts Holdings Bhd akan menganjurkan satu pertandingan fotografi sempena sambutan Tahun Baharu Cina di d’Tempat di sini.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin berkata, pertandingan tersebut yang bertemakan “Kebersamaan @ Bandar Sri Sendayan” menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM 12,544.

Menurutnya, pertandingan terbuka kepada semua sama ada profesional ataupun tidak.

Bagaimanapun, katanya, peserta hanya dibenarkan mengambil gambar menggunakan telefon bimbit dan menghantarkannya ke matrixcontest@gmail.com.

“Seramai 13 pemenang akan dipilih di mana tiga daripadanya adalah pemenang utama manakala selebihnya untuk hadiah sagu hati.

“Pemenang akan diumumkan selepas dua minggu dari tarikh tutup penyertaaan iaitu pada 28 Februari ini,” katanya selepas selepas merasmikan program sambutan Tahun Baharu Cina di d’Tempat, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Eksekutif, Kumpulan Matrix Concept Datuk Lee Tian Hock.

Tambahnya, pertandingan akan dijadikan sebagai platform untuk mencungkil bakat, terutamanya jurugambar tidak profesional.

Artikel Berkaitan: