Stok barangan keperluan mencukupi di Sarawak

KPDNHEP Sarawak memberi jaminan stok barangan keperluan seperti ayam, daging dan beras mencukupi sempena sambutan perayaan Aidilfitri.
KPDNHEP Sarawak memberi jaminan stok barangan keperluan seperti ayam, daging dan beras mencukupi sempena sambutan perayaan Aidilfitri.
A
A
A

KUCHING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak memberi jaminan stok barangan keperluan seperti ayam, daging dan beras adalah mencukupi sempena sambutan perayaan Aidilfitri.

Pengarah KPDNHEP Sarawak Datuk Stanley Tan berkata, bekalan disediakan dalam jumlah yang besar seperti ayam direkodkan sebanyak 50.123 tan, daging lembu import sejuk beku 41.7 tan, minyak masak (9,004 tan), gula halus (972.14 tan), beras (1,041.5 tan) dan tepung gandum (887.53 tan).

Beliau berkata, sebanyak 1,051,467 telur dalam tiga gred A, B dan C disediakan untuk memenuhi keperluan rakyat Sarawak semasa perayaan serta 1,313,516 liter petrol RON95; 162,661 liter RON97; 1,251,910 liter diesel dan 39,828 silinder gas petroleum cecair (LPG).

“Bekalan itu dipantau dengan kerjasama beberapa agensi dan jabatan kerajaan lain sejak Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa dikuatkuasakan Rabu lalu,” katanya kepada dihubungi Bernama di sini pada Jumaat.

Selain itu, beliau berkata, 178 pegawai penguat kuasa dan 101 pegawai pemantau harga ditempatkan di sembilan pejabat cawangan dan tiga pejabat sub cawangan di Sarawak bagi memastikan bekalan barangan keperluan mencukupi dan tidak dijual melebihi harga maksimum yang ditetapkan kementerian.

“Kami berharap peniaga akan memberikan kerjasama penuh dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan berikutan pelaksanaan SHMMP yang berkuat kuasa sehingga 20 Mei ini,” katanya lagi. - Bernama

Artikel Berkaitan: