X

Kindly register in order to view this article
!

NUTP mohon pertimbangan cuti kuarantin guru ada kontak rapat

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) memohon pertimbangan Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Radzi Md Jidin agar dapat memberi cuti kuarantin kepada guru-guru yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif Covid-19.

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata, pihaknya dihujani pertanyaan berhubung isu guru kontak rapat menghadapi masalah untuk menjalani kuarantin diri kerana perlu mengambil cuti rehat khas sebelum menerima surat kuarantin daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Beliau berkata, peningkatan kes Covid-19 di negara ini menyebabkan proses untuk mendapatkan surat kuarantin daripada PKD mengambil masa agak lama kerana semakin banyak individu dijangkiti pandemik itu.

"Sedangkan kuota cuti rehat khas yang diperuntukkan untuk guru-guru adalah tidak mencukupi. Keadaan ini menyebabkan guru-guru yang mempunyai kontak rapat dengan kes positif Covid-19 tiada pilihan lain selain perlu hadir ke pejabat untuk bertugas seperti biasa.

"Atas faktor inilah kebolehjadian mudahnya virus ini tersebar dengan lebih meluas dalam kalangan warga sekolah dan paling membimbangkan adalah risiko buat anak-anak murid yang kurang daya ketahanan badan," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Sehubungan itu, Harry berkata, NUTP merayu campur tangan Radzi untuk mengkaji dan merumuskan jalan terbaik bagi membantu guru-guru berkenaan.

Beliau berkata, guru-guru yang diberi cuti kuarantin boleh menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara 'offline' seperti membuat rakaman pengajaran dan anak murid boleh meneruskan pembelajaran apabila berada di rumah. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!