Covid-19: Masih ada tidak endah jarak fizikal

Dr Ishak Hussain
Dr Ishak Hussain
A
A
A

ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Kedah mendapati masih ada segelintir masyarakat termasuk pelajar sekolah tidak mengendahkan penjarakan fizikal seperti ditetapkan dalam usaha membendung penularan pandemik Covid-19.

Timbalan Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ishak Hussain berkata, walhal mengelakkan kawasan sempit dan sesak, serta penjarakan fizikal termasuk tiada bersalam-salaman serta bercakap secara dekat merupakan antara perkara penting.

Pada masa sama, Dr Ishak melahirkan kebimbangan kerana ada golongan tadarus dikhuatiri masih bercakap secara dekat, berjabat tangan atau berpelukan.

"Selain itu, pelajar sekolah turut dibimbangi tidak mengendahkan jarak fizikal dan bercakap secara dekat.

"Jadi, kita minta rakyat hentikan atau meminimakan aktiviti sosial sama ada keagamaan ataupun budaya manakala aktiviti ekonomi dibenarkan dengan kepatuhan SOP serta normal baharu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau menasihatkan rakyat sentiasa waspada supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan gembira bersama keluarga atau terpaksa beraya sendirian dalam tangisan.

Untuk rekod, satu kluster baharu di Kedah iaitu Kluster Dinamik atau kluster sekolah melibatkan pelajar sebuah sekolah di sini.

Artikel Berkaitan: