Tambahan sehingga 33 jenis barang terkawal: KPDNHEP

Alexander (dua dari kiri) pada sidang media di kementeriannya.
Alexander (dua dari kiri) pada sidang media di kementeriannya.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menambah sekurang-kurangnya sehingga 33 jenis barangan bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya belum mengumumkan penambahan barangan itu kerana belum ada lagi tekanan barang-barang tersebut.

“Kita kena adil juga kepada peniaga, kita (kena) bagi mereka peluang.

“Kalau kita sekat dari sekarang, itu (akan) jadi masalah pada peniaga juga,” katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya selepas amanat Perdana Menteri pada Jumaat.

Hadir sama, Timbalannya, Datuk Rosol Wahid.

Pada Isnin lalu, Alexander berkata, pihaknya mengenal pasti sebanyak 12 jenis barangan bagi pelaksanaan SHMMP 2021.

Alexander berkata, barangan harga terkawal itu terdiri daripada ayam, telur ayam, daging dan hasil laut.

Bagaimanapun, bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub selepas itu mempersoalkan jumlah barangan kawalan yang disenaraikan oleh KPDNHEP sempena musim perayaan Aidilfitri.

Artikel Berkaitan:

Salahuddin berkata, kerajaan boleh melakukan yang lebih baik berkenaan bilangan barangan terkawal untuk membantu rakyat sekiranya menteri berkaitan menggunakan kuasa yang ada dengan sebaiknya.

Alexander menambah, kementeriannya prihatin kepada semua pihak iaitu kepada pengguna dan peniaga.

“Dah jelas dalam pengumuman hari pertama 12 jenis barangan ini dulu dan selepas itu kita kenal pasti sehingga 33 barang,” katanya.

P /> ARTIKEL BERKAITAN: 12 barang kawalan sempena Aidilfitri