X

Kindly register in order to view this article
!

Pengunjung Bazar Aidilfitri Lorong TAR diingatkan patuh SOP

Hanya satu pintu masuk dan satu pintu keluar disediakan dengan waktu operasi dibenarkan bermula jam 10 pagi hingga 12 malam. - Foto FB DBKL
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengingatkan pengunjung Bazar Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) untuk akur mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sewaktu mengunjungi bazar berkenaan.

Unit Media DBKL dalam kemas kini di Facebooknya memberikan panduan ringkas untuk memudahkan pengunjung berurusan di bazar tersebut.

Menurut kenyataan itu, hanya satu pintu masuk dan satu pintu keluar disediakan dengan waktu operasi dibenarkan bermula jam 10 pagi hingga 12 malam.

"Pengunjung diminta mematuhi SOP di setiap pintu masuk dengan mendaftar MySejahtera, pemeriksaan suhu, pemakaian pelitup muka dan mendapatkan nombor giliran.

"Pastikan anda tidak alpa walaupun ghairah mencari keperluan persiapan hari raya. Pilihan di tangan anda...tiada siapa memaksa anda ke sini jika tiada keperluan," menurut kenyataan itu pada Khamis.

Bazar Aidilfitri Lorong TAR mula beroperasi sejak 17 April lalu. - Foto FB DBKL.
Bazar Aidilfitri Lorong TAR mula beroperasi sejak 17 April lalu. - Foto FB DBKL.

Menurut kenyataan sama, terdapat empat seksyen disediakan iaitu A,B,C dan D bermula Wisma Campbell hingga ke Malayan Mansion (Masjid India).

"Kalau nak pergi semua seksyen dengan lancar, mulakan perjalanan dari seksyen A iaitu dari Wisma Campbell dan disambung dengan seksyen B dan seterusnya C dan D tanpa perlu berpatah balik.

"Bilangan pengunjung adalah dua kali ganda daripada bilangan petak di setiap seksyen. Contohnya seksyen A ada 48 petak maka hanya 96 pengunjung dibenarkan berada dalam kawasan itu pada satu-satu masa," katanya.

Sebanyak 208 penjaja berniaga di Bazar Aidilfitri Lorong TAR sejak 17 April lalu sehingga 12 Mei depan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!