Leicester City intai slot pentas elit Eropah

Aksi Vardy ketika membantu The Foxes mengatasi West Bromwich di Stadium King Power.
Aksi Vardy ketika membantu The Foxes mengatasi West Bromwich di Stadium King Power.
A
A
A

PENGENDALI The Foxes, Brendan Rodgers memuji karakter pemain-pemain Leicester City yang berjiwa kental dalam memacu pemburuan slot Liga Juara-Juara musim depan.

Malah menurut Rodgers, kemenangan bergaya 3-0 ke atas West Brom kendalian Sam Allardyce dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium King Power membuktikan dalam kalangan pemain The Foxes bersedia kembali ke pentas elit kelab Eropah tersebut.

"Perlawanan menentang West Brom menjelmakan kekuatan dan keyakinan tinggi dalam kalangan pemain The Foxes yang cukup berlainan ketika berdepan Southampton sebelum ini.

"Jamie Vardy kembali menemui sentuhan penyudahnya sekali gus akhiri kemarau gol dalam perlawanan sebelum ini.

"Kelechi Iheanacho pula sekarang menunjukkan sifatnya yang dia masih boleh melakukan yang lebih baik, biarpun melakukan terlalu banyak kesilapan, namun dia berada di landasan yang betul.

"Pemain-pemain ini ada ketikanya akan kehilangan rentak permainan tetapi mereka sangat jujur ​​apabila mahu menjadi lebih baik. Apabila anda memilikinya itu adalah semangat buat kelab ini bergerak ke hadapan. Dan hanya itu yang anda boleh minta sebagai jurulatih," katanya.

Dalam perlawanan itu, Vardy terlebih dulu meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-23 sekali gus mengakhiri kemarau jaringan dalam 12 penampilan bersama The Foxes dalam semua pertandingan.

Pemain pertahanan, Jonny Evans menggandakan kedudukan The Foxes menentang bekas kelabnya pada minit ke-26 selepas menanduk masuk hantaran Youri Tielemans.

Artikel Berkaitan:

Iheanacho melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah apabila menjadikannya 3-0 setelah rembatannya menewaskan Sam Johnstone.

Tiga mata diperolehi The Foxes membolehkan kelab itu berada di kedudukan ketiga mengatasi Chelsea dan West Ham, dengan hanya aksi berbaki enam perlawanan lagi.