X

Kindly register in order to view this article
!

LZS terima zakat perniagaan lebih RM3 juta

Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) berkenan menerima zakat perniagaan daripada MBI di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pada Khamis.
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima bayaran zakat perniagaan daripada dua syarikat korporat berjumlah RM3,584,880.50.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menerima bayaran zakat itu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Khamis.

Menerusi kenyataan LZS, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Norita Mohd Sidek menyerahkan bayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2021 sebanyak RM2,398,660.50.

Jelas kenyataan itu, Kumpulan Syarikat Rafulin yang mewakilkan Pengarah Urusan, Datuk Mohamed Raffee Chekku menunaikan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2020 sebanyak RM1,186,220.

"Majlis penyerahan zakat turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Timbalan Pengerusi LZS, Tan Sri Ambrin Buang dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M Yusop," kata kenyataan itu pada Jumaat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!