Sasar 30 juta pelancong

Muhammad Bakhtiar (dua, kiri) dan Aminuddin (tiga, kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima, semalam.
Muhammad Bakhtiar (dua, kiri) dan Aminuddin (tiga, kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima, semalam.
A
A
A

SEREMBAN - Kementerian Pelancongan sasar kehadiran 30 juta pelancongan ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Timbalan Menterinya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan untuk tujuan berkenaan khususnya bagi mempromosikan negara ini.

Katanya, fokus kementerian tertumpu pada sektor ekopelancongan serta pelancongan kebudayaan.

"Malaysia mempunyai keindahan dan kepelbagaian budaya antaranya ekopelancongan seperti di Negeri Sembilan, Kenaboi dan Jelebu yang mempunyai tarikan untuk kedatangan pelancong.

"Dalam masa sama, kita turut mempromosikan inap desa, sekali gus dapat menjana pendapatan penduduk," katanya selepas Program Titik Sentuhan sempena Tahun Baharu Cina, di sini, semalam.

Seramai 100 individu termasuk 18 daripada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU) menerima sumbangan berbentuk hamper dan angpau dalam program berkenaan.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Muhammad Bakhtiar berkata, pelancongan mampu menyumbang lebih kurang 15 peratus pendapatan negara sekiranya dirancang dengan rapi.

Artikel Berkaitan: