X

Kindly register in order to view this article
!

Nahas lori tangki: LUAS ambil tindakan segera elak pencemaran air

Sisa minyak sawit yang disalirkan ke longkang selepas kejadian itu dan berpotenai menyebabkan pencemaran pada sumber air. Foto: Ihsan Facebook LUAS.
A
A

RAWANG - Skuad Pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengambil tindakan segera bagi menangani insiden pencemaran pada sumber air susulan kemalangan membabitkan sebuah lori tangki sawit di Lebuhraya Guthrie, pada Khamis malam.

Menerusi kemas kini di laman Facebook pada Jumaat, LUAS berkata, pihaknya mendapat aduan berhubung kemalangan itu sekitar jam 9 malam dan siasatan segera turut dilaksanakan di kawasan sepanjang lebuh raya terbabit.

Katanya, hasil pemantauan di tapak mendapati terdapat sisa tumpahan minyak sawit yang mengalir masuk ke dalam dua pembetung (culvert) dan disalirkan ke kawasan Sungai Buloh.

"Skuad Pantas LUAS mendapati separuh daripada kuantiti penuh lori tangki minyak sawit itu yang berkapasiti 39 tan telah mengalir keluar.

"Skuad yang tiba di lokasi turut mendapati keadaan minyak sawit telah mengeras di dalam longkang dan culvert," katanya.

Dalam pada itu, LUAS memaklumkan kerja-kerja pembersihan di sepanjang kawasan terjejas telah dilakukan oleh syarikat lori tangki tersebut.

Tambahnya, Skuad Pantas LUAS sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang insiden yang berpotensi menyebabkan pencemaran pada sumber air di Selangor.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!