Ibrahimovic terus beraksi pada usia 40 tahun

Ibrahimovic menandatangani kontrak baharu selama setahun bersama AC Milan.
Ibrahimovic menandatangani kontrak baharu selama setahun bersama AC Milan.
A
A
A

PENYERANG sensasi AC Milan, Zlatan Ibrahimovic sah menyambung kontrak bersama kelab gergasi Itali itu sehingga tahun depan dengan perjanjian dilaporkan bernilai 6.5 juta euro (RM32 juta).

Menurut Ibrahimovic, dia tidak berfikir panjang untuk menyambung kontrak bersama Milan kerana selesa berada di kelab tersebut.

"Saya berasa sangat gembira dan sudah lama menunggu saat ini. Saya sekarang mempunyai tempoh setahun lagi, di mana ia sangat penting buat kami. Saya sentiasa berkata, beraksi di Milan adalah seperti berada di rumah sendiri.

"Saya suka dengan cara kelab ini, semua orang yang bekerja di sini, rakan sepasukan, jurulatih, penyokong dan saya sangat rindu stadium di sini. Suasananya sama seperti di rumah saya. Jika boleh, saya mahu kekal sepanjang hayat di sini," katanya.

Pemain yang akan berusia 40 tahun pada Oktober depan itu menjadi tonggak utama buat Milan selepas membantu kelab itu untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan selepas kali terakhir layak pada 2014 yang lalu.

Terdahulu, laman sosial rasmi Milan mengumumkan mengenai kontrak baharu Ibrahimovic dengan beberapa kelebihan yang akan dinikmati pemain kelahiran Sweden itu sekiranya mampu membawa Milan menjuarai Serie A musim depan.

"AC Milan adalah kelab yang menyaksikan Zlatan paling banyak membuat penampilan di Itali.

"Selepas menjaringkan 84 gol dalam 130 penampilan bersama Rossoneri, penyerang Sweden ini akan terus menyarung jersi merah dan hitam musim depan.

Artikel Berkaitan:

"Dia akan diberikan bonus tambahan jika dapat membawa Milan juara Serie A atau sekurang-kurangnya berada dalam kelompok empat terbaik," kata kelab itu dalam satu kenyataan.