Kepala paip tertusuk perut pelajar

Anggota bomba melakukan kerja-kerja pemotongan kepala paip menggunakan pemotong khas sebelum mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Anggota bomba melakukan kerja-kerja pemotongan kepala paip menggunakan pemotong khas sebelum mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.
A
A
A

JASIN - Seorang guru agama berdepan detik cemas apabila salah seorang pelajarnya tercucuk kepala paip di bahagian perut dalam kejadian di sebuah madrasah di Kampung Serkam Timur, Merlimau di sini pada malam Khamis.

Muaz Abd Razak, 23, berkata, dia yang ketika itu bersiap-siap untuk solat Isyak terkejut apabila dimaklumkan pelajar mengenai insiden menimpa mangsa berusia 14 tahun.

Pelajar berkenaan cedera apabila kepala paip jenis tembaga tertusuk ke perutnya selepas terjatuh di tempat mengambil wuduk.

"Saya bergegas ke arah mangsa yang sedang kesakitan sebelum menghubungi talian kecemasan.

Katanya, mangsa yang mahu mengambil wuduk bersama lima rakan yang lain tergelincir dan terjatuh hingga menyebabkan perutnya mengena kepala paip tersebut.

"Hanya ALLAH SWT yang tahu perasaan saya ketika itu. Dalam keadaan panik saya hubungi kecemasan dan kemudian saya minta mangsa bertenang dengan berselawat sebelum bantuan kecemasan tiba kira-kira lima minit selepas talian dibuat," katanya.

Pelajar tahfiz berusia 14 tahun mengalami kecederaan di bahagian perut selepas tercucuk kepala paip.
Pelajar tahfiz berusia 14 tahun mengalami kecederaan di bahagian perut selepas tercucuk kepala paip.

Tambahnya, dia yang baru menamatkan pengajian dalam bidang Bahasa Arab di Jordan pada September tahun lalu, mengakui pertama kali berdepan insiden itu namun tidak melemahkan semangatnya untuk terus menjadi guru warden.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini keadaan pelajar itu dilaporkan stabil dan sama-sama mendoakannya selamat menjalani pembedahan pada pagi ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Faisal Fuad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.42 malam dan sepasukan tujuh anggota bersama-sama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, pasukan bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk kerja-kerja pemotongan kepala paip menggunakan pemotong khas.

"Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak pegawai perubahan dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.