Barcelona kritik pasukan tolak ESL

Barcelona mengumumkan tersu setia dengan idea penubuhan ESL.
Barcelona mengumumkan tersu setia dengan idea penubuhan ESL.
A
A
A

KELAB gergasi Sepanyol, Barcelona menyifatkan satu kesilapan besar untuk pasukan menentang penubuhan saingan Liga Super Eropah (ESL).

Kelab itu dalam satu kenyataan berkata, Barcelona tetap setia dengan perancangan ESL selain meminta penyokong bersabar menantikan perkembangan liga itu.

"Barcelona berbeza pendapat dengan sebahagian kelab gergasi Eropah terutama mengenai iklim sosial ekonomi ketika ini. Kami melihat ada keperluan untuk mengubah struktur liga agar tahap kewangan pasukan akan terjamin dan bola sepak boleh terus bertahan.

"Atas sebab itu, pengurusan Barcelona akan terus mempertahankan idea penubuhan ESL ini yang dibuat untuk menambah daya tarikan serta kualiti pertandingan yang diberikan kepada penyokong. Kelab ini memegang prinsip bahawa formula yang digunapakai harus mampu menguntungkan semua pihak," kata kenyataan itu.

Terdahulu, hasrat untuk melihat penubuhan ESL yang menggabungkan 12 pasukan terbaik Eropah berkecai selepas sembilan pasukan termasuk kesemua kelab daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) menarik diri daripada liga tersebut.

Ia selepas tekanan yang diberikan banyak pihak termasuk penyokong yang menyifatkan pembentukan liga itu tidak beretika selain FIFA dan UEFA akan mengenakan hukuman berat kepada pasukan dan pemain yang terlibat.

Ketika ini, hanya tinggal tiga kelab yang terus menyokong ESL iaitu Barcelona, Real Madrid, dan Juventus.

Mengulas lanjut, Barcelona menyifatkan pasukan yang menolak penubuhan ESL melakukan tindakan terkebelakang dan tidak mahu melihat perubahan dalam bola sepak dunia.

Artikel Berkaitan:

"Keputusan itu sudah dibuat dan kami yakin jadi satu kesilapan besar jika menolak jadi sebahagian daripada projek ini. Sebagai salah satu pasukan terbaik dunia, kami sentiasa mahu menjadi pasukan di hadapan dan dalam masa sama tidak akan memisahkan semangat kesukanan, sosial, dan perlembagaan.

"Jadi, kami menyedari betapa pentingnya masalah ini dan kami akan bertindak secara telus. Barcelona sentiasa berhati-hati dalam bertindak dan meminta setiap pihak memahami, memberikan penghormatan dan yang paling penting adalah kesabaran penyokong kelab mengenai perkara ini," katanya.