X

Kindly register in order to view this article
!

Gesaan tamat darurat bukan sembah derhaka

Barisan Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat menyerahkan surat permohonan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong di pintu tiga Istana Negara pada Selasa.
A
A

SHAH ALAM - Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad menafikan tindakan ahli Parlimen pembangkang berkumpul di pekarangan Istana Negara pada Selasa lalu untuk menggesa darurat ditamatkan sebagai satu bentuk sembah derhaka.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat berkata, tindakan tersebut hanyalah satu rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon perintah darurat itu dipertimbangkan semula.

“Saya tidak setuju perkara itu dianggap sebagai sembah derhaka kerana apa yang kita lakukan hanyalah memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai pandangan sebahagian besar rakyat Malaysia berhubung keadaan politik dan pengisytirahan darurat.

“Mungkin nasihat disampaikan perdana menteri tidak memberi gambaran yang jelas. Sebagai rakyat Malaysia, kita berhak menyampaikan pandangan kepada Seri Paduka Baginda,” katanya kepada Sinar Harian pada khamis.

Ahli Parimen Shah Alam itu menegaskan, salah satu faktor gesaan darurat adalah untuk mengesahkan kedudukan perdana menteri sama ada mempunyai mandat atau sebaliknya di Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Seri Paduka Baginda perlu memaksa perdana menteri untuk memanggil parlimen supaya kedudukannya sebagai perdana menteri dapat disahkan dan sejauh mana ia mendapat sokongan majoriti. Itu yang kami ingin sampaikan," katanya.

Beliau turut berharap dengan usaha gesaan tamat darurat tersebut dapat mengembalikan imej rakyat Malaysia yang bermaruah dan berpegang kepada prinsip-prinsip demokrasi.

Khalid Samad
Khalid Samad

Antara pemimpin utama pembangkang yang hadir termasuklah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu dan ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

Jawatankuasa tersebut telah menyerahkan surat permohonan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Terbaru pada Khamis, Khalid memaklumkan Yang di-Pertuan Agong memberi memperkenan jawatankuasa berkenaan untuk menghadap dan menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda, namun tarikah menghadap belum ditetapkan.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil meyifatkan tindakan ahli Parlimen pembangkang mahu menyerahkan memorandum tamatkan darurat adalah luahan hati rakyat yang melihat darurat tidak membantu mengekang penularan Covid-19.

“Darurat tidak menyelesaikan masalah ekonomi mahupun isu kesihatan awam di mana penularan Covid-19 tidak dapat dibendung malah angka terus meningkat saban hari," katanya.

Tambahnya, pembukaan semula parlimen juga menjadi punca utama bagi gesaan tamat darurat agar isu yang dialami oleh rakyat boleh dibincang dengan teliti dan masalah berkaitan dengan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) boleh didatangi dengan baik.

"Sekiranya parlimen boleh bersidang, kita boleh wujudkan satu jawatankuasa di Parlimen untuk membantu meneliti langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan agar proses semak imbang itu berjalan dengan baik dan urusan kerajaan itu akhirnya memanfaatkan rakyat," katanya.

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!