Dua unit kediaman di tingkat 12 musnah dalam kebakaran

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua unit kediaman di tingkat 12 sebuah kondominium musnah dalam satu kebakaran di Jalan 4/155, Bukit OUG, di sini, pada Khamis.

Komander Operasi Kanan Bomba Mohamad Hafidz Yaacob berkata jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah, BBP Sri Petaling dan BBP Seputeh dengan kekuatan 45 anggota dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.14 malam daripada orang awam.

Beliau berkata sebaik tiba di lokasi, kebakaran di dua unit itu telah didapati telah mencapai sekitar 60 hingga 90 peratus kemusnahan.

"Tindakan operasi pemadaman kebakaran dilakukan oleh anggota bomba dengan menggunakan teknik ‘attacking dan offensive fire figthing', katanya ketika dihubungi Bernama.

"Kebakaran dapat dikawal pada kira-kira pukul 10 malam dan padam sepenuhnya pada pukul 10.30 malam. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku, dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” tambahnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: