X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Tiga lagi sekolah di Johor ditutup

Tiga sekolah ditutup di Johor Bahru dan Pontian bermula Khamis akibat penularan wabak Covid-19. (Gambar hiasan - Foto Bernama)
A
A

JOHOR BAHRU - Tiga lagi sekolah ditutup di Johor Bahru dan Pontian bermula Khamis akibat penularan wabak Covid-19.

Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Mazlan Bujang berkata, penutupan itu melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Nong Chik dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Tambatan di daerah ini.

"Satu lagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Osman Sa'at di Pontian turut ditutup. Tiga sekolah ini yang terbaharu ditutup.

"Sebelum ini 20 sekolah kerajaan, manakala 10 lagi sekolah swasta dan satu sekolah agama ditutup," katanya ketika dihubungi pada Khamis.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!