Ukraine gesa Barat sekat tindakan ketenteraan Rusia

Menteri Luar Ukraine, Dymtro Kuleba. - Foto Agensi
Menteri Luar Ukraine, Dymtro Kuleba. - Foto Agensi
A
A
A

KIEV - Menteri Luar Ukraine meminta sekutu Barat di Kiev mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan baharu ke atas Rusia.

Dmytro Kuleba berkata, langkah itu untuk mencegah kemungkinan tindakan ketenteraan oleh Rusia terhadap negaranya.

"Saya tidak mempunyai maklumat untuk menyatakan bahawa keputusan melancarkan operasi ketenteraan terhadap Ukraine telah diambil atau tidak.

"Kerana itulah, reaksi Barat amat penting buat masa ini," katanya.

Kuleba sebelum ini telah meminta Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) untuk mengharamkan Rusia daripada SWIFT sebagai sebahagian daripada pakej sekatan ekonomi baharu terhadap Moscow.

SWIFT ialah rangkaian mesej antara bank yang menjadi tulang belakang sistem kewangan antarabangsa.

Sebelum ini, SWIFT yang berpangkalan di Belgium enggan menghentikan operasi dengan bank dari Myanmar, Rusia dan Syria yang berdepan sekatan dari lain-lain negara seperti Amerika Syarikat (AS).

Ketegangan semakin meningkat antara Kiev dan Moscow berikutan penempatan tentera Rusia di bahagian timur Ukraine.

Artikel Berkaitan:

Kiev juga bimbang Rusia akan bertindak mengulangi pencerobohannya pada 2014 ke atas wilayah itu dengan menyokong puak pemisah di timur Ukraine.

Rusia bagaimanapun berkata, ia hanya mengambil langkah berjaga-jaga sebagai tindak belas terhadap peningkatan aktiviti Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di kawasan itu. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Konflik Rusia-Ukraine semakin panas