Lebih 18,000 pendatang kanak-kanak 'ghaib' di Eropah

Dua migran kanak-kanak berehat berhampiran sempadan Greece-Macedonia pada 2016. - Foto AFP
Dua migran kanak-kanak berehat berhampiran sempadan Greece-Macedonia pada 2016. - Foto AFP
A
A
A

LONDON - Sekurang-kurangnya 18,000 pendatang kanak-kanak yang tidak ditemani individu dewasa hilang dalam tempoh kurang dua tahun sebaik tiba di negara-negara Kesatuan Eropah (EU).

Laporan The Guardian memetik sumber penyiasatan pada Rabu menyebut bahawa 18,292 kanak-kanak hilang di seluruh Eropah antara Januari 2018 dan Disember 2020 atau secara purata kira-kira 17 orang sehari.

Tambah laporan itu, pada tahun 2020 sahaja, seramai 5,768 pendatang kanak-kanak gagal dikesan di puluhan negara Eropah termasuk Greece, Itali dan Jerman.

"Menurut data sedia ada, satu daripada enam kanak-kanak berusia di bawah 15 tahun mengembara secara solo. 90 peratus adalah budak lelaki.

"Sebilangan besar kanak-kanak itu berasal dari Maghribi termasuk Algeria, Eritrea, Guinea dan Afghanistan," menurut laporan tersebut.

Bagaimanapun, angka sebenar pendatang kanak-kanak yang tiba di 27 negara EU dipercayai lebih tinggi.

Pada Mac 2019, sekurang-kurangnya 60 kanak-kanak Vietnam telah hilang dari sebuah rumah perlindungan di Belanda.

Media melaporkan, kesemua kanak-kanak terbabit diperdagangkan ke Britain untuk bekerja di ladang ganja atau salun kuku.

Artikel Berkaitan:

Menurut angka dikeluarkan oleh Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), lebih daripada sejuta pelarian tiba di pesisir pantai Eropah pada 2015, manakala 3,700 orang pula terkorban atau hilang dalam perjalanan berbahaya ke benua tersebut. - Agensi