Dua penuntut UMP lemas ketika mandi air terjun

Pasukan bomba menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa di kawasan Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan pada Khamis. - Foto ihsan bomba
Pasukan bomba menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa di kawasan Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan pada Khamis. - Foto ihsan bomba
A
A
A

KUANTAN - Dua penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) ditemukan lemas ketika berkelah di kawasan Air Terjun Sungai Pandan, di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang itu, mangsa A Sharvib Anbananthan, 24, dari Skudai, Johor dan R Goobi, 23, dari Karak, Pahang dikatakan bersama 11 rakan mereka datang untuk beriadah di kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa tidak timbul ke permukaan air selepas mandi bersama rakan yang lain di kawasan berkenaan.

Dua mayat penuntut UMP yang lemas ditemukan pasukan bomba di kawasan Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan pada Khamis. - Foto ihsan APM Pahang
Dua mayat penuntut UMP yang lemas ditemukan pasukan bomba di kawasan Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan pada Khamis. - Foto ihsan APM Pahang

"Mangsa cuba dibantu oleh rakan mereka, namun tidak berjaya sehingga Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuantan tiba untuk mencari mangsa.

“Mangsa pertama iaitu A Sharvin Anbanathan ditemukan pada jam 3.15 petang manakala R Goobi pada 3.46 petang.

“Kedua-dua mangsa ditemukan di dasar sungai dengan anggaran kedalaman tiga meter dan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk pemeriksaan dan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan: