Mayat penyelam hilang ditemukan di Tanjung PO

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Mayat seorang penyelam wanita yang hilang sejak Sabtu lepas ketika melakukan aktiviti selaman di Pulau Satang Besar ditemukan pagi Khamis, kira-kira 16.4 batu nautika utara dari Tanjung Po di sini.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kapten Maritim Yousry Yaali berkata, mayat Chong Su Sian, 31, dijumpai oleh nelayan tempatan pada 9 pagi.

“Mayat disahkan sebagai mangsa yang dicari melalui pengecaman awal oleh keluarganya dan diserahkan kepada pihak polis Lundu untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Sabtu lepas, mangsa bersama lima rakannya telah melakukan aktiviti selaman di sekitar 23 batu nautika dari perairan Pulau Satang Besar di sini sebelum dilaporkan hilang.

Susulan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melancarkan operasi mencari dan menyelamat yang turut disertai oleh pelbagai agensi lain. - Bernama

Artikel Berkaitan: