Sinar Harian Online mohon maaf berhubung artikel membabitkan SPA

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Sinar Harian Online memohon maaf kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berhubung kekhilafan dalam artikel bertajuk 'Peristiwa hitam' yang melanda Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2016 perlu dijadikan iktibar kepada semua pihak.

Pihak kami ingin menjelaskan bahawa terdapat kekhilafan di dalam poster yang disiarkan dalam semua media sosial Sinar Harian Online itu sudah dikeluarkan.

Pembetulan juga telah dibuat terhadap artikel tersebut.

Berikut adalah kenyataan sebenar yang disebut oleh Shamshun dalam Majlis Pelancaran #RasuahBusters bersama Allianz Malaysia dan berbuka puasa pada Isnin:

“Ini untuk bagi mengelak berlakunya tragedi seperti pada tahun 2016, apabila bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Datuk Seri Shukri Abdull yang dipendekkan tempoh perkhidmatan mereka.

“Untuk memiliki suruhanjaya perkhidmatan kita sendiri memang memerlukan pindaan perlembagaan, kalau tidak, pengambilan dan pemecatan pegawai serta anggota kita masih bergantung kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sama seperti jabatan kerajaan yang lain,” katanya.

Artikel Berkaitan: