Rizab BNM berjumlah AS$109.3 bilion pada 15 April 2021

No Image Caption
A
A
A

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$109.3 bilion pada 15 April 2021 (AS$1 = RM4.11).

BNM dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, paras rizab itu mencukupi untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Bank pusat itu berkata, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$99.9 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$2.1 bilion) dan aset rizab lain (AS$4.7 bilion).

Aset-aset terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM453.67 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM11.44 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.45 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM19.20 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM16.85 bilion).

Bank pusat berkata,modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM174.30 bilion), mata wang dalam edaran (RM141.43 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM142.46 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM17.90 bilion), deposit-deposit lain (RM9.68 bilion), kertas Bank Negara (RM7.84 bilion), peruntukan SDR (RM7.91 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM5.15 bilion). - Bernama

Artikel Berkaitan: