Sila log masuk terlebih dahulu.

PRU15: Pengundi muda penentu nasib Sabah

22 April 2021 | Wacana
A
A
A

PRN Sabah diadakan pada 26 September 2020 lalu telah menyaksikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

Mengikut statistik PRN tersebut juga, jumlah pengundi muda adalah seramai 40 peratus atau 448,924 daripada keseluruhan 1,124,598 orang.

Ia membuktikan bahawa kuasa anak muda yang mendominasi platform media sosial berjaya mempengaruhi pemikiran keluarga dan masyarakat sekitar sehingga menyumbang kepada kejayaan itu.

Apakah PRU15 bakal mengulangi formula yang sama? Sudahkah generasi baharu Sabah bersiap sedia berdepan PRU15?