Kereta dihempap dinding konkrit akibat tanah runtuh

Tanah runtuh yang menghempap dinding konkrit di sebuah stesen minyak di Gelugor.
Tanah runtuh yang menghempap dinding konkrit di sebuah stesen minyak di Gelugor.
A
A
A

GEORGETOWN - Sebuah kereta dihempap dinding konkrit akibat tanah runtuh dalam kejadian di belakang sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor di sini, pada Khamis.

Timbalan Pegawai Bomba I Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A'azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.41 tengah hari lalu bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, didapati sebuah Proton Wira dihempap tembok konkrit selepas tanah di belakang dinding tersebut runtuh.

"Tanah runtuh melibatkan dinding konkrit sepanjang 130x10 kaki persegi. Akibat runtuhan, dinding tersebut menghempap sebuah kereta Proton Wira yang berada berhampiran tempat kejadian.

"Selain itu, pemeriksaan mendapati berlaku kebocoran gas milik stesen minyak tersebut. Oleh itu, pasukan bomba menjalankan kerja-kerja menghentikan kebocoran pada tangki gas yang terlibat untuk mengelakkan kebakaran berlaku," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Menurutnya, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dan operasi pemantauan di lokasi masih dijalankan sementara menunggu wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tiba di lokasi.

"Pihak bomba bersama JKR dan MBPP akan menyiasat punca kejadian tanah runtuh tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: