X

Kindly register in order to view this article
!

Selamba lahirkan anak tepi jalan

Wanita tersebut melahirkan bayinya di tepi jalan.
A
A

BANGKOK - THAILAND. Seorang penjaga parkir yang berpakaian seperti lelaki di Thailand telah melahirkan anak berhampiran pasar.

Insiden itu berlaku di sebuah pasar tradisional di wilayah Chumphon pada 9 Februari lalu.

Wanita tersebut dikatakan berjalan menuju ke tepi jalan apabila menyedari air ketuban pecah.

Dia kemudiannya melorotkan seluarnya dan melahirkan bayinya tanpa bantuan sesiapa.

Orang ramai yang berada di sekitarnya turut hairan melihat insiden itu kerana ramai menyangka penjaga parkir itu adalah seorang lelaki.

Mereka bertindak segera membantunya dan menyelimuti bayinya selepas mendengar jeritan peniaga berhampiran.

Wanita itu bersama bayi tersebut kemudiannya dibawa ke hospital untuk diperiksa.

Mereka dilaporkan berada dalam keadaan sihat. - Tribunnews


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!