Lelaki mengaku salah cederakan isteri didenda RM2,000

Tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Temerloh pada Khamis atas tuduhan mencederakan isterinya.
Tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Temerloh pada Khamis atas tuduhan mencederakan isterinya.
A
A
A

TEMERLOH - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki didenda sebanyak RM2,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Temerloh kerana mencederakan isterinya pada 19 April lalu.

Tertuduh, Mhd Khusni Selamat, 45, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ti Pei Si manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rifah Izzati Abdul Mutalif.

Mengikut kertas pertuduhan, pada jam 7.30 malam 19 April lalu bertempat di sebuah dapur maahad tahfiz di Bera, tertuduh didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa berusia 41 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pei Si juga menetapkan hukuman penjara empat bulan jika denda gagal dijelaskan.

Sebelum itu, Rifah Izzati meminta mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya ke atas tertuduh atas faktor kepentingan awam dan keseriusan kes.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudiannya membayar denda dan dibebaskan.

Artikel Berkaitan: