Daun limau purut, ubi keladi tanpa permit sah dirampas

Antara ubi keladi yang turut dirampas bersama daun limau purut ketika pemeriksaan di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini pada Rabu.
Antara ubi keladi yang turut dirampas bersama daun limau purut ketika pemeriksaan di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini pada Rabu.
A
A
A

BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri Kedah berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk daun limau purut dan ubi keladi tanpa permit yang sah di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini pada Rabu.

Pengarah Maqis Negeri Kedah, Lily Rosalind Paul berkata, pada awalnya pegawai Maqis menahan sebuah lori dari Thailand pada jam 10.15 malam yang melalui kompleks berkenaan sebelum melakukan pemeriksaan rutin.

Katanya, pemeriksaan lanjut yang dilakukan mendapati lori terbabit membawa muatan 180 kilogram ubi keladi dan 14 kilogram daun limau purut tanpa permit import sah yang dianggarkan bernilai RM250.

Daun limau purut yang dirampas Maqis pada Rabu.
Daun limau purut yang dirampas Maqis pada Rabu.

"Kita telah merampas barang dagangan terbabit untuk tindakan lanjut.Kegagalan untuk mengemukakan permit import yang sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan: