Dua lelaki ditahan jual mercun, air ketum

Polis turut merampas pelbagai jenis mercun di sebuah medan selera di Kampung Baru di sini pada Rabu.
Polis turut merampas pelbagai jenis mercun di sebuah medan selera di Kampung Baru di sini pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Dua lelaki masing-masing warga tempatan dan Indonesia ditahan kerana disyaki menjual mercun dan ketum di sebuah medan selera di Kampung Baru di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, dua lelaki berusia dalam lingkungan 30an dan 50an itu ditahan pada jam 4 pagi.

"Kita merampas pelbagai jenis mercun yang dianggarkan bernilai RM 25,000 dan turut merampas lima beg guni berisi 320 bungkusan plastik daun ketum serta 14 botol air ketum bernilai RM850," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohamad Zainal berkata, hasil siasatan awal mendapati mercun tersebut dipercayai untuk dijual kepada penduduk di sekitar Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

"Kedua-dua suspek juga disyaki memasak dan membungkus air ketum untuk dijual kepada penagih ketum dengan harga RM10 sebungkus," katanya.

Menurutnya, semakan rekod mendapati suspek mempunyai rekod lampau atas kesalahan dadah dan jenayah.

"Kedua-dua suspek ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Permohonan reman akan dikemukakan pada hari ini untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: