Helah menyamar warga tempatan, PATI gagal lolos diri

Antara PATI yang ditahan Jabatan Imigresen Selangor dalam Ops Jabatan di sekitar Bukit Beruntung, pada Rabu.
Antara PATI yang ditahan Jabatan Imigresen Selangor dalam Ops Jabatan di sekitar Bukit Beruntung, pada Rabu.
A
A
A

BUKIT BERUNTUNG - Helah seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) menyamar sebagai warga tempatan dengan memberi alasan kad pengenalan tertinggal di rumah gagal ketika cuba meloloskan diri dalam Ops Jabatan yang dijalankan sepasukan anggota Jabatan Imigresen Selangor di tiga buah premis perniagaan di kawasan Bukit Beruntung, di sini pada Rabu.

Pengarah Imigresen Negeri Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, operasi bermula jam 10 pagi yang mensasarkan premis perniagaan kitar semula, cuci kenderaan dan kedai runcit bertindak memeriksa 19 individu.

"Hasil pemeriksaan mendapati tujuh daripadanya melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana tinggal tanpa permit sah, tinggal lebih masa dan melanggar syarat pas.

"Semakan mendapati PATI yang ditahan terdiri daripada tiga Pakistan, India (1), Bangladesh (1), Indonesia (1) dan Myanmar (1) berusia lingkungan 20 hingga 39 tahun," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Antara PATI yang ditahan Jabatan Imigresen Selangor dalam Ops Jabatan di sekitar Bukit Beruntung, pada Rabu.
Antara PATI yang ditahan Jabatan Imigresen Selangor dalam Ops Jabatan di sekitar Bukit Beruntung, pada Rabu.

Beliau berkata, semasa pemeriksaan dokumen pengenalan diri dilakukan, terdapat seorang PATI warga India telah cuba memperdayakan pihak penguat kuasa dengan memberi alasan kad pengenalan miliknya tertinggal di rumah.

Bagaimanapun, cubaan PATI itu gagal dengan kecekapan pegawai operasi yang terlebih dahulu mengenal pasti PATI tersebut berdasarkan percakapannya semasa soal siasat dilakukan.

"Akhirnya PATI tersebut mengakui dia adalah warga asing," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, siasatan awal juga mendapati ada di kalangan PATI yang sepatutnya telah pulang ke negara asal setelah Memo Periksa Keluar dikeluarkan seperti mana yang dimohon oleh majikan asal, namun gagal berbuat demikian.

"Pihak Imigresen akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan majikan atau pelindung kepada PATI ini. Sekiranya terbukti mereka akan dikenakan tindakan undang-undang," katanya.