X

Kindly register in order to view this article
!

Bau disangka bahan kimia rupanya makanan hangus terbakar

Operasi pemadaman kilang memproses makanan di Jalan Dolomite Industrial Park, Batu Caves yang terbakar pada malam Rabu.
A
A

BATU CAVES - Bau busuk yang disangka dari kilang bahan kimia di Jalan Dolomite Industrial Park di sini pada malam Rabu sebenarnya berpunca dari kilang memproses makanan yang terbakar.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke lokasi berkenaan untuk membuat pemeriksaan lanjut selepas mendapat laporan.

"Pemeriksaan mendapati tiada apa-apa unsur yang bahaya kepada orang ramai. Bau yang didakwa bahan kimia itu hanya bau makanan yang terbakar," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini tular di media sosial mendakwa kebakaran yang berlaku sekitar jam 10 malam itu adalah berpunca dari kilang bahan kimia apabila mengeluarkan bau busuk seperti bahan toksik.

Bau tersebut dikatakan merebak sehingga ke Sri Hartamas, Mont Kiara, Segambut, Segambut dan Kepong.

Laman sosial mendakwa bau yang disangka bahan kimia itu merebak sehingga Sri Hartamas, Mont Kiara, Kepong dan Segambut.
Laman sosial mendakwa bau yang disangka bahan kimia itu merebak sehingga Sri Hartamas, Mont Kiara, Kepong dan Segambut.

Sementara itu, Hafisham berkata, jentera bomba pertama tiba di lokasi pada jam 10 malam membabitkan seramai 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, Rawang, Gombak Selatan, Sri Hartamas.

Menurutnya, operasi pemadaman kebakaran turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Gombak.

"Kilang memproses makanan itu berkeluasan 1,000 kaki persegi dan terbakar kira-kira 40 peratus.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12 malam selepas pemeriksaan di sekitar kawasan mendapati tiada unsur-unsur berbahaya," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!