X

Kindly register in order to view this article
!

Ummah lapor polis berhubung tulisan Tun M

Mohd Zai
A
A

SHAH ALAM - Gerakan Pembela Ummah Malaysia (Ummah) akan membuat satu laporan polis pada Khamis berhubung tulisan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikongsi menerusi laman Facebook pada Rabu.

Badan bukan kerajaan (NGO) itu menyifatkan tulisan Dr Mahathir itu menggambarkan kecenderungan untuk menimbulkan perasaan curiga, menghasut dan cuba mempersoalkan tindakan-tindakan Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa mempersoalkan sama ada Dr Mahathir sedang cuba membuat hasutan rakyat untuk membenci dan menolak Institusi Raja Berperlembagaan di Malaysia.

“Jika benar, ia amat bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara yang jelas melindungi institusi tersebut sebagai paksi serta pancang utama sistem negara.

“Maka, Ummah akan membuat satu laporan polis, agar satu siasatan dapat dijalankan oleh PDRM bagi melihat apakah tujuan yang dimaksudkan oleh Tun (Dr Mahathir) dalam tulisan beliau,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan akan membuat laporan itu di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kira-kira jam 1 petang pada Khamis.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!