Sesi bersama 'bossku' dapat sambutan hangat!

Najib ketika bersama penduduk Flat Baiduri, Bandar Tasik Kesum, hari ini.
Najib ketika bersama penduduk Flat Baiduri, Bandar Tasik Kesum, hari ini.
A
A
A

SEMENYIH - Ceramah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama penduduk Flat Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, di sini, mendapat sambutan hangat apabila kawasan sekitar ceramah dipenuhi orang ramai.

Orang ramai setia menanti Ahli Parlimen Pekan itu seawal jam 7.30 malam meskipun sesi ceramah Najib bermula seawal jam 9.30 malam.

Kehadiran Najib atau gelaran glamournya 'bossku' menghangatkan suasana apabila jeritan bossku bergema di kawasan sekitar.

Najib dalam ceramahnya berkata, beliau sungguh terharu dengan sambutan luar biasa penduduk terhadap dirinya.

"Saya tidak pernah merasai pengalaman sebegini, semua orang minta untuk swafoto," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan orang ramai untuk mengundi calon BN, Zakaria Hanafi, bagi 'mengajar' PH.

"Calon kita ini ijazah beliau original, PRK kali ini kita bagi signal pada PH," katanya.

No Image Caption

Artikel Berkaitan: