Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini.
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini.
A
A
A

RINGGIT dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini namun kekal dalam jajaran sempit berikutan kelemahan harga minyak yang diimbangi oleh sentimen risiko yang lebih baik dan dolar AS yang menyusut.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan itu berada pada 4.1140/1180 berbanding dolar AS daripada 4.1190/1230 sewaktu ditutup pada Rabu.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata, penyusutan dolar AS adalah sejajar dengan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat yang lemah, yang menyokong ringgit.

Sewaktu dibuka, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7341/7401 daripada 5.7390/7462 dan naik berbanding yen kepada 3.8082/8126 daripada 3.8107/8155 pada Rabu.

Bagaimanapun, unit tempatan itu susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0977/1016 daripada 3.0958/0995 dan jatuh berbanding euro kepada 4.9520/9572 daripada 4.9453/9509. - Bernama

Artikel Berkaitan: