Khairul Hafiz, Muhammad Haiqal mampu kembali ke prestasi terbaik

Laporan Sukan Sinar pada Rabu
Laporan Sukan Sinar pada Rabu
A
A
A

BEKAS pelari pecut negara, Nazmizan Muhammad percaya kembalinya Mohd Khairul Hafiz Jantan dan Muhammad Haiqal Hanafi kepada jurulatih Mohd Poad Md Kassim akan memberi suntikan baharu kepada dua atlet berkenaan.

Malah bekas raja pecut Asia Tenggara tersebut yakin keputusan tepat oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan membolehkan Khairul Hafiz, 22, dan Muhammad Haiqal, 21, kembali semula ke prestasi terbaik di bawah kendalian Mohd Poad.

"Alhamdulillah, keputusan yang diputuskan KOM secara tidak langsung membuktikan badan induk olahraga negara tersebut meletakkan negara sebagai keutamaan dalam usaha mengembalikan semula prestasi Khairul Hafiz dan Muhammad Haiqal selepas mendengar suara hati kedua-duanya.

"Secara peribadi saya melihat lampu hijau diberikan oleh KOM tersebut secara tidak langsung memberikan kelegaan kepada kedua-dua atlet tersebut melakukan persiapan lebih rapi dalam mengembalikan prestasi cemerlang mereka.

"Saya harap Khairul Hafiz dan Muhammad Haiqal, dapat kembali fokus membina semula kekuatan masing-masing terutamanya teknik larian menjelang Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia dan Sukan SEA Vietnam," katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

KOM pada Rabu memberikan lampu hijau kepada Khairul Hafiz dan Muhammad Haiqal untuk berlatih kembali bersama Mohd Poad di Johor.

Artikel Berkaitan: