Kebakaran Kampung Sundang Laut: 350 mangsa dipindahkan

Seramai 350 mangsa dipindahkan ke PPS selepas rumah atas air mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Sundang Laut pagi Rabu.
Seramai 350 mangsa dipindahkan ke PPS selepas rumah atas air mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Sundang Laut pagi Rabu.
A
A
A

SANDAKAN - Sebanyak 350 mangsa daripada 77 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi dekat sini selepas rumah atas air mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Sundang Laut pagi Rabu.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah hari ini, dalam kejadian 7.50 pagi tadi, sebanyak 314 mangsa daripada 74 keluarga dipindahkan terdiri daripada warganegara manakala selebihnya bukan warganegara.

"Sebanyak 53 rumah didapati terlibat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut," menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian pagi tadi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan dengan kekuatan 40 pegawai dan anggota diketuai Ketua Zon Martin Thomas berjaya mengawal kebakaran daripada merebak pada 9.17 pagi dan menyelamatkan kira-kira 100 rumah di kampung itu daripada dijilat api.

Perkampungan atas air itu pernah mengalami nasib sama pada Disember 2017 membabitkan 57 rumah. - Bernama

Artikel Berkaitan: