X

Kindly register in order to view this article
!

Bekalan elektrik di pencawang Kuala Selangor pulih

TNB dalam satu kenyataan memaklumkan majoriti daripada 14,000 pengguna yang terlibat menerima semula bekalan seawal jam 6.29 pagi melalui suabalik sistem grid.
A
A

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menggerakkan pasukan teknikalnya bagi memulihkan bekalan elektrik yang terganggu akibat kebakaran pada sebahagian kabel di Pencawang Pembahagian Utama Puncak Alam, Kuala Selangor pada 4.24 pagi tadi.

TNB dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan majoriti daripada 14,000 pengguna yang terlibat menerima semula bekalan seawal jam 6.29 pagi melalui suabalik sistem grid.

“Antara kawasan yang terlibat ialah Taman Alam Suria, Bandar Puncak Alam, Taman Alam Sutera, Astana Alam 2, Bandar Hillpark, Kampung Bukit Hijau dan Pusat Komersil Eco Grandeur.

“Baki bekalan akan diterima secara berperingkat menerusi set janakuasa bergerak dan penerima terakhir pada jam 3:40 petang tadi,” menurut kenyataan itu.

TNB berkata, punca kebakaran yang menyebabkan kehilangan beban sebanyak 12.15 megawatt (MW) itu masih disiasat.

“Kepada pelanggan yang terlibat, TNB memohon maaf atas kesulitan berkenaan.

“Untuk maklumat lanjut, pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi TNB CareLine di talian 15454 atau Facebook TNB CareLine,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: PPU terbakar: Lapan kawasan di Klang berdepan gangguan bekalan elektrik


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!