X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Tahap kebimbangan rakyat Malaysia menurun

Firma penyelidikan pasaran (Ipsos) Malaysia mendapati kebimbangan rakyat Malaysia terhadap pandemik Covid-19 menurun sejak Julai hingga September tahun lalu.
A
A

SHAH ALAM - Firma penyelidikan pasaran (Ipsos) Malaysia mendapati kebimbangan rakyat Malaysia terhadap pandemik Covid-19 menurun sejak Julai hingga September tahun lalu.

Menurut laporan yang dikeluarkan, kekhuatiran rakyat Malaysia pada Julai 2020 mencatatkan peratusan paling rendah dan semakin baik iaitu sebanyak 57 peratus.

Pada bulan berikutnya iaitu Ogos 2020, peratusan naik kepada 61 peratus kemudian kembali merudum pada 58 peratus.

Namun begitu, pada April 2020, kadar kebimbangan rakyat Malaysia mencatatkan peratusan tertinggi sebanyak 85 peratus.

Sehingga Mac ini, kadar kebimbangan menunjukkan penurunan yang optimis sebanyak 61 peratus dan semakin baik.

Dalam pada itu, kajian Ipsos menunjukkan tahap kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia semakin bertambah baik.

Statistik kebimbangan rakyat Malaysia terhadap Covid-19.
Statistik kebimbangan rakyat Malaysia terhadap Covid-19.

“Berdasarkan kajian ini, tahap kesihatan emosi dan mental rakyat Malaysia terus meningkat dengan pertambahan 12 peratus.

“Antara negara yang mencatatkan peningkatan mendadak seperti India dengan 51 peratus, China dengan 41 peratus dan Australia dengan 9 peratus.

“Beberapa negara lain mencatatkan penurunan semakin teruk dari sudut kesihatan mental iaitu Hong Kong turun tujuh peratus, Korea Selatan (16 peratus) dan Jepun pula 22 peratus,” kata laporan tersebut pada Rabu.

Sehubungan itu, dua daripada tiga rakyat Malaysia optimis kehidupan akan kembali normal menjelang tahun hadapan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!