X

Kindly register in order to view this article
!

RON97 naik empat sen, RON95, diesel kekal

A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 naik empat sen seliter manakala harga runcit RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 22 hingga 28 April ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga baharu petrol RON97 ialah RM2.58 seliter.

Menurut kenyataan itu, harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel walaupun harga runcit APM bagi RON95 dan diesel telah meningkat melebihi harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” tambahnya.

Menurut kenyataan itu kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!